KUALA LUMPUR – Bom dipercayai mempunyai kandungan Benzene HexaChloride yang berpotensi mencemarkan sungai ditemui di Jalan Paloh, Kluang, Johor hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan perkara itu berkata, penemuan berkenaan susulan Operasi Nyah Aktif Bom melibatkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Unit Udara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kluang dan Unit Pemusnah Bom Johor Bahru, Kluang dan Bukit Aman.

Bom itu, jelasnya, berjaya dinyah aktifkan dan mengelakkan pencemaran sungai.

“Bom tersebut dipercayai mempunyai kandungan Benzene HexaChloride merbahaya, berpotensi mencemarkan sungai berdekatan dan menyebabkan hidupan di sungai mati.

“Bom ini berjaya dinyah aktif dengan selamat. Alhamdulillah,” katanya menerusi ciapan di Twitter. – MalaysiaGazette