Datuk Seri Azri Ahmad

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah membuat tangkapan ke atas seorang pegawai kanan polis selepas disyaki bersekedudukan bersama seorang wanita di sebuah rumah yang terletak di Cheras semalam.

Pegawai berkenaan difahamkan ditahan menerusi satu serbuan oleh pasukan polis dari Cawangan Risikan Operasi JIPS, Bukit Aman kira-kira jam 1.40 pagi semalam.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi berkata, pegawai berkenaan ditahan bersama wanita yang tidak mempunyai ikatan pertalian sah di sebuah kediaman.

“Tangkapan dijalankan selepas JIPS menerima maklumat terdapat aktiviti bersekedudukan berlaku melibatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Siasatan masih dijalankan oleh polis dan setakat ini tiada sebarang pengesahan tentang pekerjaan wanita yang ditahan bersama pegawai kanan polis berkenaan,” katanya pada hari ini tanpa enggan mengulas lebih lanjut mengenai kes tersebut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast