Monday, September 14, 2026
Home 2020

Arkib Tahunan: 2020

Harga minyak susut 1%

Minyak mentah Brent didagangkan pada AS$ 53.96 setong, turun AS$0.49 atau 0.9%, sementara West Texas Intermediate (WTI) ditetapkan pada AS$ 49.61 setong, susut AS$0.50 atau 1%.

1MDB: Pegawai kanan Goldman dilarang sertai sektor perbankan

Rizab Persekutuan mengharamkan bekas pegawai Goldman Sachs Inc Inc, Andrea Vella daripada menyertai industri berkenaan susulan dakwaan pembabitannya dalam skandal 1MDB.

Koronavirus: 65 lagi kematian baru di Hubei

Keseluruhan kes baru koronavirus di China sehingga semalam disahkan sebanyak 3,887, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 24,324.

Draf resolusi kutuk cadangan pendamaian Trump

Resolusi itu "menegaskan tidak sah untuk mengambil penempatan mana-mana bahagian" wilayah Palestin yang diduduki dan "mengutuk pernyataan baru-baru ini yang menyebut rampasan oleh Israel" bagi wilayah-wilayah ini, menurut draf yang dilihat oleh Reuters.

‘Wartawan ekspres’ rosakkan masyarakat

Modus operandi kelompok ‘wartawan ekspres’ yang sentiasa bertindak sebagai ‘keyboard warrior’ ini ialah masing-masing seolah-olah bersaing dan berlumba untuk menyebarkan sesuatu maklumat sepantas kilat untuk menarik perhatian masyarakat. Ukuran kehebatan, pengaruh, kejayaan dan kepuasan mereka banyak bergantung kepada berapa banyak ‘like’ yang mereka perolehi serta berapa ramai pengguna laman sosial ‘share’ ataupun kongsikan berita terbabit.

Tiada sekatan ke atas pemain China – BWF

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan berkata, pemain badminton China bebas untuk menyertai mana-mana acara, dan pihaknya percaya pihak tuan rumah akan memberikan bantuan penuh dan melayan para atlet dari Persatuan-persatuan Anggota (MAs) dengan saksama.

EU tolak cadangan perdamaian Asia Barat

Ketua Polisi Asing EU, Josep Borell dalam kenyataannya berkata, pelan Trump melangkaui parameter yang dipersetujui oleh antarabangsa.

Tehran masih bekerjasama dengan negara-negara lain siasat nahas pesawat Ukraine

Isnin lalu, Tehran menyalahkan pihak berkuasa Ukraine kerana membocorkan bukti-bukti rahsia, justeru enggan lagi berkongsi bahan dengan siasatan dengan Ukraine.

Isteri PM Lesotho didakwa membunuh

Dalam siasatan awal, pembunuhan itu dikaitkan dengan seorang lelaki bersenjata tetapi kertas mahkamah baru-baru ini yang difailkan oleh pesuruhjaya polis negara, Holomo Molibeli, telah menimbulkan persoalan lanjut.

MEDAC anjur Program Malaysia Street 2020 September ini

Program bertemakan “Malaysia in Japan for Tokyo 2020” ini menyediakan platform untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan membina dan mengukuh jenama halal Malaysia melalui penerokaan pasaran, pemasaran produk dan jaringan perniagaan dalam pasaran Jepun.