KAHERAH – Sebuah kapal tangki Iraq dikosongkan selepas periuk api ditemui melekat pada badannya dan pakar bahan letupan berusaha untuk menyelamatkan kapal tersebut, kata tentera Iraq

Kapal yang membekalkan bahan bakar kepada kapal lain itu berada di perairan antarabangsa, kira-kira 28 batu nautika (52 kilometer) dari pantai Iraq apabila periuk api itu ditemui pada tengahari Khamis.

“Ia adalah bom marin yang canggih yang dilengkapi alat pengesan yang boleh menyebabkan letupan berlaku secara tiba-tiba,” kata seorang sumber keselamatan yang tidak mahu dikenali kepada Reuters.

“Pasukan kami tidak pernah menemui periuk api seperti ini sebelum ini dan kami meminta bantuan daripada pasukan bom yang lebih arif,”.

Tentera Laut Iraq telah menutup kawasan tersebut dan kapal itu telah diasingkan daripada kapal-kapal lain, kata sumber lain.

Beberapa serangan ke atas kapal tangki minyak berlaku di Teluk Arab dan Laut Merah sejak beberapa tahun lalu yang menyebabkan ketegangan di rantau itu.

Bagaimanapun adalah tidak jelas bagaimana periuk api itu melekat pada badan kapal yang disewa oleh pelanggan yang tidak dikenalpasti dari SOMO, organisasi pemasaran minyak Iraq, kata tentera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast