Arca yang sepatutnya menjadi tempat untuk orang bergambar telah dijadikan sebagai tempat piknik. foto the voket

ALOR GAJAH – Pengunjung menjadikan arca penyu sebagai ‘tempat berkelah’ di Pantai Pangkalan Balak di Melaka.

Arca replika penyu itu telah dibuka kepada umum pada minggu lalu sebagai salah satu kawasan kepada pelancong mengambil gambar sambil menikmati pemandangan laut.

Bagaimanapun arca yang sepatutnya menjadi tempat untuk orang bergambar telah disalahgunkan sebagai tempat berkelah.

Sikap sesetengah pelancong menyebabkan ramai pihak marah-marah memandangkan ada dalam kalangan mereka tidak dapat bergambar kenang-kenangan bersama arca replika itu seperti dilaporkan dalam The Vocket.

Malah sikap pengunjung yang bukan sahaja ‘berkelah’ di kawasan arca tetapi juga seakan-akan tidak mahu lari dari kawasan yang sama juga dikritik kerana tidak bertolak ansur dengan pengunjung pantai yang lain.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast