Annuar Musa
KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa enggan mengulas mengenai keputusan UMNO yang menggantikannya dengan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.
Beliau dikatakan ‘dipecat’ sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional.
Menerusi ciapannya di akaun Twitter, Annuar berkata: Ramai yang minta komen….saya tiada apa komen buat masa ini…Tempoh bertenang”.
Annuar dilantik sebagai Setiausaha Agung BN pada 16 Mac 2020, menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
MalaysiaGazette yang memetik sumber sebagai berkata, keputusan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah atas desakan daripada 149 Ketua-ketua UMNO Bahagian yang hadir dalam perjumpaan di PWTC tengah hari ini.
Annuar tidak hadir dalam perjumpaan itu.
Ahli Parlimen Ketereh itu juga berkongsi ciapannya dengan Ahmad Zahid yang menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk berkhidmat pada dua-dua jawatan tersebut.
Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Presiden UMNO.
Dalam perkongsian ciapan yang lain, Annuar berkata, seleranya makin bertambah walaupun hanya mengambil sepinggan rojak dan sebiji telur untuk makan tengah hari.
– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast