KUALA LUMPUR – Petronas Carigali telah mengambil semula sebagai pengendali hab gas E11, terletak di 130 kilometer luar pesisir Bintulu, berkuatkuasa 1 Januari 2021.
Hab E11 telah mengeluarkan hasil sejak 1982 di bawah Kontrak Pengeluaran MLNG yang dikendalikan oleh Sarawak Shell Berhad (SSB) sejak 38 tahun lalu.
Naib Presiden Aset Petronas, Bacho Pilong berkata, SSB dan Petronas telah menjalankan aktiviti-aktiviti sepatutnya sejak bulan Julai 2019 untuk memastikan peralihan hab E11 berjalan lancar. – MalaysiaGazette