Gol berganda Messi dan Griezmann membantu Barcelona melonjak ke tanga ketiga dalam carta La Liga selepas aksi menang ke atas Granada malam tadi.

PARIS – Barcelona terus merekodkan kemenangan kelapan berturut-turut dalam La Liga selepas menang ke atas 4-0 ke atas Granada CF semalam.

Empat gol menerusi Lionel Messi dan Antoine Griezmann sudah cukup untuk membantu pasukan kendalian Ronald Koeman mengutip tiga mata penuh.

Kemenangan itu sekaligus membantu pasukan itu melonjak ke tempat ketiga dalam carta La Liga selepas 18 perlawanan dan mengutip 34 mata.

Selaku pelawat, the Catalans tidak mengambil masa yang lama untuk menemui gawang gol tuan rumah mendahului tuan rumah tiga gol di separh masa pertama apabila Griezmann membuka jaringan pada minit ke-12.

Gol kedua hadir menerusi Superstar pasukan itu, Messi pada minit ke-35 sebelum menambah jaringan ketiga pasukan tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Dengan berbekalkan semangat tiga gol di babak pertama itu, Barcelona terus beraksi cemerlang dan tidak memberi ruang kepada tuan rumah untuk membolosi bek pertahanan mereka.

Gol keempat Barcelona hadir pada minit ke- 62 menerusi Griezmann yang mengesahkan kemenangan pasukan.-MalaysiaGazette