Bangunan Parlimen utama
Bangunan Parlimen

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa Covid-19 telah reda atau pulih sepenuhnya.

Katanya, sebagai pemimpin negara beliau tidak boleh mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong memohon supaya Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU ketika pandemik Covid-19 sedang melanda negara dan dunia.

Ini kerana, katanya, adalah menjadi kewajipan beliau untuk menjaga nyawa rakyat.

Muhyiddin berkata demikian dalam perutusan khas perisytiharan darurat yang disiarkan secara langsung hari ini.

Menurut Muhyiddin, sepanjang tempoh darurat yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda iaitu sehingga Ogos depan, sebarang pilihan raya kecil (PRK) juga tidak akan diadakan bagi mengelak penularan wabak Covid-19 dalam kalangan rakyat.

Katanya, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri juga tidak akan bersidang sepanjang tempoh darurat dikuatkuasakan.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Covid-19 pulih sepenuhnya? Statement yang terlalu general aka UMUM? Mungkin ambil masa 6 bulan, 2 tahun atau 5 tahun? Lihat sahaja kes Ebola yang sehingga kini masih belum lagi dapat dikekang!

    Lain tiada apa2!

Comments are closed.