Gol Voley Paul Pogba berjaya membantu Man United melonjak ke tangga teratas carta EPL memintas Liverpool.

LONDON – Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan kunjungan Manchester United ke Anfield untuk bertemu musuh tradisi, Liverpool pada Ahad ini sebagai peluang yang dinanti-nantikan.

Pengurus United itu berkata, pertembungan itu merupakan ujian karakter dan kualiti.

Solskjaer percaya pasukannya berada pada kedudukan terbaik untuk berdepan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menundukkan Burnley untuk menduduki tangga teratas liga dengan 36 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.

“Kita tahu ia adalah aksi sukar, Liverpool mengharungi tiga musim yang mencabar sebelum bergelar juara musim lalu.

“Sekarang kami bersedia untuk menghadapi mereka di Anfield. Saya rasa tiada masa yang lebih sesuai lagi berbanding pertemuan Ahad ini,” katanya.

Gol ‘volley’ tunggal Paul Pogba pada separuh masa kedua ketika menentang Burnley pada awal pagi tadi membolehkan United melonjak ke tangga teratas liga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast