Mangsa banjir, Sidek Matyazit, 66 (kanan) bersama isterinya Hamizan Muhammad Fiah, 64, dan cucunya Nurkhalisah Adawiah, 10, megambil keputusan untuk tinggal di bawah khemah berhampiran rumahnya yang telah dinaiki air ketika di Tanjung Batu, Temerloh, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.

Tahun 2021 membuka tirai dengan dugaan yang dihadapi oleh penduduk di sekitar kawasan Pantai Timur yang terjejas teruk akibat banjir sehingga menenggelamkan hampir separuh daerah di Pahang.

Situasi menjadi lebih sukar apabila negara masih lagi bertarung dengan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Keadaan menjadi lebih memeritkan apabila jalan utama antaranya Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menuju ke Pahang ditenggelami air sekaligus menyebabkan pergerakan ke negeri tersebut terputus. Selain itu, akses penduduk setempat untuk ke beberapa lokasi menjadi lebih sukar.

Oleh yang demikian, pilihan terakhir adalah dengan menggunakan bot dan juga pacuan empat roda bagi menghantar bantuan dan menyelamatkan mangsa banjir.

Limpahan banjir sangat teruk sehingga ada sebahagian besar rumah ditenggelami air melepasi paras bumbung. Haiwan ternakan juga turut terjejas dengan kehilangan habitat malah banyak juga yang mati.

Kesempatan dan ruang ini digunakan oleh NGO dan orang awam untuk bekerjasama dalam menyalurkan bantuan bagi meringankan beban.

Sejarah hitam banjir besar pada tahun 1971 dan 2014 kembali menggamit memori pedih apabila sekali lagi paras air di Sungai Pahang melimpah ke paras bahaya.

Hujan berpanjangan juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada banjir kali ini.

Sektor perniagaan, penternak dan pertanian hampir lumpuh ekoran banjir yang melanda dan menyebabkan kerugian besar serta penduduk hilang punca pendapatan.

Akibat banjir yang teruk, seluruh kawasan dinaiki air sehingga menenggelamkan rumah dan tanaman di sekitar Kuala Lipis, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Penduduk, Amran Sulaiman, 57 membawa kucing peliharaannya berteduh di dalam rumah semasa hujan lebat yang menyebabkan banjir teruk yang melibatkan limpahan air Sungai Pahang ketika di Kampung Paya Kechik Ulu, Temerloh. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Kampung Paya Kechik Ulu, Temerloh terjejas akibat rumah ditenggelami air membuatkan beberapa ekor ayam terpaksa berdiri diatas atap berikutan banjir teruk yang melibatkan limpahan air Sungai Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Penduduk bekerjasama mengeluarkan bekalan makanan dan keperluan asas yang dihantar oleh pasukan Bomba menggunakan helikopter di Sekolah Kebangsaan Mela, Jerantut, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Mangsa-mangsa banjir yang terjejas tempat tinggal ditempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah berikutan banjir buruk di sekitar Temerloh, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Penduduk setempat menggunakan bot persendirian untuk menghantar bantuan kepada penduduk terjejas akibat banjir di sekitar Temerloh, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Paras air sungai Pahang masih dalam paras bahaya menjadikan salah satu faktor yang menyumbang kepada banjir di sekitar bandar Temerloh. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Mangsa banjir, Jasri Hisham, 55 melakukan kerja ditempat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah berikutan rumahnya dilanda banjir di sekitar Temerloh, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah memilih pakaian yang disumbangkan oleh orang awam untuk kegunaan harian berikutan banjir teruk di Temerloh, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Anggota Bomba dan Penyelamat menaiki bot untuk menghantar bantuan keperluan asas kepada penduduk setempat yang terjejas akibat banjir teruk di Temerloh, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Sebahagian aktiviti pembalakan menyebabkan sistem tadahan air tidak dapat berfungsi sebagai sistem perintang kepada air yang turun dari kawasan bukit antara punca banjir teruk di sekitar Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Kesempatan diambil oleh penduduk setempat apabila pelbagai jenis ikan sungai segar hasil tangkapan penduduk Kampung Raja, Temerloh dijual kepada orang awam ketika musim banjir Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Sebuah kenderaan terjejas diselaputi lumpur tebal ekoran kejadian banjir yang telah surut di Mentakab, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Sebahagian kawasan Pekan Mentakab yang terjejas akibat dinaiki air telah beransur surut membolehkan pekerja di premis kedai membuat kerja-kerja pembersihan berikutan banjir teruk akibat hujan berpanjangan di Temerloh, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Sebahagian kawasan Pekan Mentakab yang terjejas akibat dinaiki air telah beransur surut membolehkan pekerja di premis kedai membuat kerja-kerja pembersihan berikutan banjir teruk akibat hujan berpanjangan di Temerloh, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.
Sebahagian kawasan Pekan Mentakab yang terjejas akibat dinaiki air telah beransur surut membolehkan pekerja di premis kedai membuat kerja-kerja pembersihan berikutan banjir teruk akibat hujan berpanjangan di Temerloh, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.