kanada menggantung operasi pesawat 737 MAX selepas berlaku dua nahas membabitkan model kapal terbang tersebut. foto Agensi
MONTREAL –  Kanada akan menarik semula larangan ke atas pesawat 737 MAX Boeing Co pada 20 Januari ini, bersama-sama dengan Amerika Syarikat.
Pesawat berkenaan digantung operasinya hampir dua tahun sejak bulan Mac 2019 susulan dua tragedi
Pihak berkuasa penerbangan Kanada mengesahkan telah mengeluarkan arahan kelayakan udara kepada pemilik pesawat, jurutera penyelenggaraan pesawat dan pihak berkuasa penerbangan sivil asing.
Arahan yang dikeluarkan itu bersama dengan perintah sementara yang menggariskan syarat-syarat untuk syarikat penerbangan bagi latihan tambahan.
Secara berasingan, Air Canada memberitahu akan meneruskan operasi Boeing 737 MAX pada 1 Februari.
Syarikat penerbangan itu mengatakan pesawat berkenaan akan digunakan secara berperingkat-peringkat bagi rangkaian laluan Amerika Utara.
Kanada pada Disember lalu memaklumkan pihaknya akan membatalkan larangan penerbangannya pesawat Boeing 737 MAX pada bulan Januari seleas bersetuju mengubah reka bentuk pada pesawat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast