MGNews : Putus Kerjasama DAP Kerana Cuba Ubah Perlembagaan – Hadi Awang

Sikap DAP yang cuba mengubah dasar-dasar dalam Perlembagaan menjadi salah satu sebab PAS memutuskan kerjasama dengan parti Cauvinis itu.

Perkara iti didedahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila memberitahu, PAS tidak selesa dengan DAP yang berubah daripada matlamat asal ketika mahu membentuk kerjasama antara kedua-dua parti.

Katanya, walaupun pada dasarnya kedua-dua parti berhasrat mahu mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU), namun DAP dilihat semakin galak apabila turut mencampuri hal-hak berkaitan Islam.