Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan 100,000 ujian makmal ujian RT-PCR Covid-19 dalam misi untuk meningkatkan kapasiti maksimum ujian itu dalam sehari.

Ia jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan pelbagai aspek kesihatan dalam mendepani penularan wabak Covid-19 yang meruncing ketika ini.

“Kita tumpu kepada kes positif dan dan kontak rapat. Itu keutamaan kita jalankan.

“Melihat kepada keupayaan RT-PCR, kita akan tingkatkan lagi kepada 100,000 ujian RT-PCR,” katanya pada sidang media hari ini.

Kata Noor Hisham lagi, sasaran itu boleh dicapai memandangkan KKM telah berjaya meningkatkan hasil ujian RT-PCR daripada 1,000 kepada kepada 70,000 RT-PCR buat masa ini.

“Kalau kita lihat pada makmal sekarang ini kita telah meningkatkan keupayaan makmal kita iaitu pada permulaan kita hanya jalankan 23 makmal, lebih kurang 1,000 RT-PCR.

“Tetapi hari ini telah meningkatkan keupayaan makmal kita yang kita lihat iaitu lebih pada 68 makmal sekarang ini boleh jalankan RT-PCR dan sekarang sebanyak 70,000 ujian,” katanya.

Untuk rekod, Ujian RT-PCR dianggap sebagai standard untuk ujian Covid-19 di seluruh dunia. – MalaysiaGazette