Data terbaharu Covid-19 di Malaysia

KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif baharu Covid-19 terus kekal empat digit dengan hari ini bilangannya mencecah 4,275 kes.

Pertambahan kes baharu itu merupakan jumlah tertinggi dilaporkan setakat ini meskipun pernah melepasi 4,000 kes.

Data terbaharu yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sebanyak 4,264 kes merupakan penularan tempatan manakala 11 lagi merupakan kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencatatkan bilangan sebanyak 42,769 kes dengan 260 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala, 103 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat tujuh kes kematian baharu hari ini dengan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat wabak itu di di negara ini iaitu 667 kematian.

Bagaimanapun, jumlah kes sembuh turut mencatatkan peningkatan apabila hari ini kes pulih direkodkan sebanyak 4,313 kes.

Kini Malaysia mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 180,455 kes dengan kes sembuh keseluruhan iaitu 137,019 kes. – MalaysiaGazette