Pelawak Shuk Sahar

KUALA LUMPUR  – Sebelum ini, nama penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar pernah mencetus kontroversi apabila dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama Fara Salleh.

Namun isu itu reda apabila Shuk telah membuat kenyataan dan mengakui kesilapan yang pernah dilakukannya itu.

Bagaimanapun, ia kembali menjadi gempar semula semalam menerusi pendedahan yang dibuat oleh isteri Shuk sendiri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi instagram miliknya.

Menurut Rossalennah, dia mendapat tahu bahawa Shuk masih lagi berhubung dengan Fara dan suaminya itu tidak pulang ke rumah dan mendakwa tinggal di rumah wanita berkenaan.

“Dan kau @shuk_hotfm terima kasih dah tinggalkan aku dengn anak2.. aku dah bertahan sampai saat ni.. menutup segala celah yang buruk demi masa depan anak-anak.. tapo hari demi hari.. kau buang aku dengan anak-anak.. kau biarkan aku kena maki hamun dengan betina ni selama ni..

“Aku suruh kau keluar , kau x kluar.. kau x balik duduk rumah betina ni.. aku dihalau mcm orang xda maruah dan harga diri.. suami aku ada dalam rumah ni.. aki dah suru buka utk cek tp aku di halau.. kasut shuk pergi kerja pagi tadi..

“Malam ni perjalanan ku jauhh sangat.. orang tido tapi aku berkeliaran cari laki aku d mana.. jangan cakap aku buka aib lagi.. sebab bila aku simpan dorang makin selesa sangat tengok aku macam orang bodoh..,” tulisnya dengan memuat naik video ketika dia pergi ke rumah wanita berkenaan.

Rossalennah berkata, selama ini dia sudah lama berdiam dan bersabar semata-mata mahu menjaga aib suaminya.

Namun begitu, apabila dia meluahkan sikap kedua-duanya yang semakin menyakiti dirinya apabila dia berdiam diri.

“Yang 1 sibuk mengejar yang bujang.. yang bujang ni x sedar diri asyik-asyik nak buktikan pada semua orang yang dia x bersalah dan x mengganggu rumah tangga org.. sama ja..

“Dua-dua x sedar diri buat aku dan anak-anak aku mcm ni.. aku dicakap mata duitan bertahan sebab nak hidup mewah.. kenapa sampai macam tu anggapan kau.. kau prempuan aku pun prempuan.. aku bertahan demi anak2 aku..,” luahnya.

Dia juga menyatakan bahawa dirinya sudah lama bersabar dan bertabah apabila sering mendapat kata-kata makian daripada wanita berkenaan.

“Aku selalu kena maki kena wasap.. aku sudah cukup tabah.. aku sudah cukup sabar.. tapi kau @shuk_hotfm x pernah hargai.. kau off hp.. ko tinggal kan aku dengan anak-anak dekat rumah siang malam tunggu kau.. aku x tau nak jawab dekat anak-anak dah.. so, selamat berbahagia la kamu k . 1 penipu.. 1 acah2 play victim. X bersalah ..,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast