Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu dilaksanakan kerana ia memberi kesan kepada ekonomi.

Sebaliknya, beliau berkata, usaha membendung pandemik Covid-19 akan diteruskan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama tiga bulan untuk menurunkan kes kepada dua angka.

Bercakap dalam sesi taklimat media mengenai Darurt Covid-19 secara dalam talian, Dr Noor Hisham yakin sekiranya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan, jumlah kes yang tinggi sekarang ini akan dapat diturunkan.

Menurut beliau, pelaksanaan PKP mulai 13 Januari lalu sehingga 4 Februari bertujuan untuk menstabilkan jumlah kes positif Covid-19 yang semakin meruncing kini.

“Jadi kalau kita laksanakan PKP empat minggu sampai Februari, disusul dengan PKPB kita jalankan selama tiga bulan, dijangkakan pada Mei depan kita akan dapat turunkan kes sehingga dua digit.

“Jadi kita jangkakan empat minggu PKP. Kita tidak akan panjangkan PKP kerana ia memberi kesan kepada eknomi,” katanya.

Semua negeri kecuali Sarawak kini sedang menjalani PKP 2.0 hingga 4 Februari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. DEB yang terhad di paras minority 30% sangat rendah lagi memalukan untuk ekonomi majority pribumi Melayu yang beri kesan ancaman terhadap hak perlembagaan keistimewaan Melayu tetapi tiada darurat pun.

  2. in sha allah
    mudah mudahan allah permudahkan semua urusan kita
    so engkau manusia jangan bebal sangat merayau tanpa hala tuju
    keluar bila perlu

  3. Kerja dia hanya KP kesihatan.. Bukan ahli ekonomi.. Kenapa dia sibuk hal ekonomi sedangkan kesihatan rakyat semakin hari semakin teruk.. Dia dah jadi jurucakap MITI ke? Ko nak buka ekonomi tapi covid19 semakin hari semakin tinggi.. Kerja ko hanya fikirkan ttg kesihatan rakyat.. Bukan mendahului keputusan kabinet.. Ko ingat Ko PM ke?

Comments are closed.