Sebanyak 25 bot nelayan Indonesia yang telah menceroboh masuk ke dalam perairan negara telah diusir keluar oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) semalam.-Foto ihsan: TLDM Lumut Perak

KUALA LUMPUR – Sebanyak 25 bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara diusir Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM).

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Tentera Darat Lumut Perak berkata, insiden terkesebut dikesan oleh kapal milik TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Mahawangsa.

Katanya, bot-bot nelayan Indonesia itu menceroboh perairan negara kira-kira 52 batu nautika Tenggara Pulau Perak pada petang semalam.

“Ketika insiden KD Mahawangsa sedang melaksanakan operasi Op Benteng Laut di Sektor 3 telah menerima maklumat dari Air Component Commmander, TUDM mengenai pencerobohan bot nelayan asing ke perairan negara.

“Sejurus menerima maklumat, KD Mahawangsa telah bergerak ke posisi penglihatan dan mendapati sebanyak 25 bot nelayan Indonesia yang tidak memiliki nombor pendaftaran dan mengibarkan bendera Indonesia berada di perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, KD Mahawangsa telah mengambil tindakan mengusir kesemua bot nelayan asing tersebut keluar dari perairan negara.

“Pihak TLDM akan terus melaksanakan rondaan di Selat Melaka Utara bagi mengekang pencerobohan bot nelayan asing ke perairan negara.

“TLDM sentiasa memperkasakan Op Benteng bersama pelbagai agensi maritim yang lain di bawah National Task Force (NTF) bagi memperkukuhkan sempadan perairan negara daripada dicerobohi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Kehadiran kapal TLDM yang beroperasi 24 jam adalah bagi mengekang kemasukan PATI dan mencegah penularan pandemik Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazete