KUALA LUMPUR – Berita perceraian pelakon Zarina Anjoulie dengan suaminya, Eilyas Azhar mengejutkan netizen apatah lagi pasangan itu baru sahaja enam bulan mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.
Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju tampil menjelaskan mengenai hal tersebut itu.
Anju berkata keputusan bercerai adalah pilihannya dan dia mahu memberi fokus kepada kerjaya, anak dan keluarganya.
“Saya percaya ini adalah keputusan terbaik untuk saya. Saya mahu fokus pada kerja, keluarga dan anak saya.
“Saya mahu meluangkan lebih banyak masa dengan mereka kerana saya duduk seorang diri selama bertahun-tahun. Saya mahu menggunakan masa ini untuk kembali rapat dengan keluarga,” katanya.
Sementara itu menerusi video lain, Anju berkata tidak perkara besar terjadi antara mereka dan merasakan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin terlalu cepat.
Tambahnya lagi, desakan daripada netizen serta pendakwah selebriti yang menggesanya berkahwin membuatkan dirinya tertekan dan mengambil langkah untuk terus berkahwin ketika itu.
“Aku rasa aku kahwin terlampau cepat. Sekarang aku tengok ramai orang pressure suruh kahwin. Dengan PU semua sibuk suruh aku kahwin! Kau ni semua mengelabah si**!
Anju mengakui dia terlampau mendengar kata-kata orang untuk segera berkahwin dan mengakui kesilapan tersebut antara punca penceraian berlaku.