Malaysia jatuh enam anak tangga ke kedudukan ke-57 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi 2020.

KUALA LUMPUR – Malaysia jatuh enam anak tangga ke kedudukan ke-57 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi 2020.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Dr Muhammad Mohan berkata skor Malaysia juga menurun dua mata kepada 51 daripada 100 mata berbanding tahun sebelumnya, dalam tinjauan CPI itu.

“Kita mungkin jatuh dua mata yang secara statistiknya tidak signifikan, tetapi kita harus bimbang dengan penurunan skor dan kedudukan. Kita perlu pertingkatkan lagi dan saya yakin kita boleh melakukan yang lebih baik daripada negara seperti Rwanda, Poland dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media secara maya bagi mengumumkan CPI Malaysia untuk 2020. CPI dikeluarkan oleh Transparency International, sebuah gabungan antirasuah global, hari ini.

Skor dan kedudukan CPI adalah berdasarkan 13 tinjauan dan penilaian pakar yang mengukur persepsi tahap rasuah dalam sektor awam negara ini pada skala sifar (dianggap paling rasuah) sehingga 100 (dianggap paling bersih).- BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

Adakah keputusan CPI 2020 akan menurun?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.