M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

TRANSPARENCY International (TI) yang beribu pejabat di Berlin Jerman akan mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) kali ke 23 bagi tahun 2020, pada 28 Januari 2021 , 12.45 tengahari secara maya (aplikasi Zoom).

Indeks ini menentukan kedudukan 180 negara mengikut tahap persepsi rasuah di sektor awam bagi negara masing-masing.

CPI merupakan penanda aras utama di peringkat global bagi rasuah sektor awam yang memberikan gambaran tahunan berkaitan tahap rasuah dengan menentukan kedudukan negara-negara di seluruh dunia.

Kedudukan Malaysia dalam CPI 2019 meningkat 10 tangga ke kedudukan ke-51 berbanding tahun 2018 iaitu di kedudukan ke-61 daripada 180 negara yang mengambil bahagian. Malaysia mendapat 53 berbanding 47 mata pada indeks 2018. Skor pada CPI 2019 merupakan yang terbaik bagi Malaysia semenjak 20 tahun dahulu.

Tahun 2015 2016 2017 2018 2019 2020
             
 Kedudukan 54 55 62 61 51 ?
 Skor 50 49 47 47 53 ?
 Negara 168 176 168 180 180 180

Sumber: Transparency International 2020

Tahap ranking sesebuah negara menunjukkan kedudukan negara tersebut berbanding negara lain dalam indeks tersebut. Semakin rendah kedudukan, semakin kurang rasuah berlaku di sesebuah negara itu.

Manakala, skor pula akan menunjukkan persepsi terhadap tahap rasuah di sektor awam bagi sesebuah negara berada pada skala kosong (tinggi rasuah) hingga 100 mata (amat bersih).

Oleh sebab itu, negara-negara yang mempunyai skor mata tinggi akan berada pada tahap kedudukan lebih tinggi (atas sebab kurang rasuah) berbanding negara-negara skor rendah.

CPI adalah kajian daripada gabungan beberapa data kajian, indeks komposit dan pelbagai tinjauan yang dilakukan oleh ahli perniagaan di seluruh negara termasuk pakar dan penganalisis tempatan yang bekerja dalam negara yang dinilai.

Malaysia menggunakan sembilan daripada 13 sumber data sekunder berkaitan bagi pengiraan CPI 2020.

Perkara yang dinilai dan diambil kira kedukukan CPI
Sumber data sekunder yang digunakan untuk menyusun indek tersebut adalah seperti berikut:

1.Rasuah
2.Agihan peruntukan dana awam
3.Penggunaan aset kerajaan bagi tujuan persendirian
4.Nepotisma di dalam Perkhidmatan Awam
5.State Capture
6.Keupayaan kerajaan dalam memperkasakan integriti
7.Pendakwaan yang efektif terhadap pegawai terlibat rasuah
8.Karenah birokrasi yang berlebihan
9.Kewujudan undang-undang yang mencukupi berkaitan kewangan, pencegahan konflik berkepentingan dan capaian kepada maklumat jabatan
10.Perlindungan undang-undang kepada pemberi maklumat, wartawan dan pegawai penyiasat.

Perkara yang tidak dinilai dan diambil kira kedukukan CPI.

Berdasarkan kriteria yang termasuk dari sumber luaran, aspek-aspek berikut tidak diambil kira dalam menentukan kedudukan CPI.

1.Persepsi atau pengalaman rakyat terhadap rasuah
2.Penipuan cukai
3.Aliran keluar wang haram
4.Profesion yang boleh terlibat rasuah (peguam, akauntan, penasihat kewangan dll.)
5.Pengubahan wang haram
6.Apa-apa jenis rasuah di Sektor Swasta
7.Ekonomi atau pasaran tidak formal

Negara-negara paling kurang rasuah

Di peringkat global, Denmark telah menempatkan kembali kedudukan sebagai negara paling tidak rasuah di dunia. CPI yang diumumlkan TI pada tahun 2019 telah meletakkan skor 87 daripada 100 mata bagi Denmark yang berkongsi kedudukan tempat pertama dengan New Zealand daripada 180 buah negara.

New Zealand dan Denmark dilihat mempunyai reputasi baik sebagai negara yang kurang berlakunya rasuah di sektor awam dan termasuk swasta.

CPI 2019 Negara-negara Kurang Rasuah Negara 2018

Negara 2018

Kedudukan

2018  Skor 2019 Kedudukan 2019  Skor
  Denmark 1 88 1 87
  New Zealand 2 87 1 87
  Finland 3 85 3 86
  Singapura 3 85 4 85
  Sweden 3 85 4 85
  Switzerland 3 85 4 85
  Norway 7 84 7 84

Sumber: Transparency International 2020

Negara-negara paling banyak rasuah

Somalia berada di kedudukan 180 dengan skor 9 pada CPI 2019. Sudan Selatan pula berada di kedudukan 179 dengan skor 12 mata.

Ramalan pada CPI 2020 untuk Malaysia

Pada tahun ini kemungkinan besar kedudukan CPI 2020 Malaysia akan menurun, cuma tanpa memperlihatkan perubahan yang ketara (no significant changes) pada mata skor. Ini adalah disebabkan oleh faktor ketidakstabilan politik, ekonomi yang lemah dan kekurangan dalam tadbir urus kerajaan.

Hubungan di antara politik, wang dan rasuah adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan. Mengelakkan penglibatan ahli politik di dalam menguruskan peruntukan kewangan yang besar adalah penting bagi memastikan tidak wujud kepentingan peribadi dan mengekang peluang untuk melakukan transaksi rasuah.

Rasuah adalah penyalahgunaan kuasa kepada tugas yang diamanahkan. Sudah menjadi kewajiban bagi kerajaan dan rakyat untuk memperkukuhkan tatacara pencegahan rasuah bagi mengekang rasuah daripada berlaku secara berleluasa.

Rakyat Malaysia terutamanya ahli politik dan penjawat awam termasuk institusi berkaitan sewajarnya lebih agresif di dalam membantu mengurangkan rasuah. Tugas untuk membasmi rasuah bukan sahaja terletak kepada SPRM.

CPI adalah berteraskan persepsi golongan elit berbanding kolektif data objektif. Dengan kata lain, persepsi daripada golongan elit ahli perniagaan adalah faktor penting menentukan kedudukan CPI.

Namun, impak siri-siri penangkapan SPRM juga memberi kesan positif secara langsung terhadap kedudukan CPI serta mewujudkan suasana positif yang boleh mengubah persepsi masyarakat terhadap rasuah, jika tidak skor kita akan jatuh.

CPI merupakan mekanisme terhadap tadbir urus yang baik bagi sesebuah kerajaan dan boleh mempengaruhi serta menjadi kayu ukur dalam usaha memerangi rasuah di peringkat antarabangsa.

Tambahan pula, kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara kedudukan CPI dan pertumbuhan ekonomi.

Kedudukan CPI boleh mempengaruhi kadar pelaburan asing, kerana pelabur semakin terkesan dengan bahana rasuah dan menjauhkan diri dari negara-negara yang dilihat mempunyai tahap rasuah yang tinggi.

PI merupakan alat (tools) yang dapat membantu mengukur tahap rasuah di sesebuah negara. CPI juga merupakan satu satunya kayu ukur untuk menentukan kedudukan tahap rasuah di 180 buah negara di seluruh dunia.

Sering terjadi realiti mengenai rasuah adalah lebih buruk dari persepsi.

Akhir sekali, bagaimana sesebuah negara bertindak balas terhadap penilaian CPI yang rendah boleh menggambarkan sama ada sesebuah kerajaan itu serius untuk menangani penyakit sosial dan politik.

Adakah kerajaan akan menangani isu rasuah dengan cara yang lebih serius?

Akhbar Satar
Akhbar Satar

Datuk Sri Akhbar Satar
Penulis adalah Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Malaysia