KUALA LUMPUR – Parti Muda menggesa supaya bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diserahkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Parti itu mendakwa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan timbalannya gagal menjalankan tugas.

Justeru parti itu menggesa agar Adham dan timbalannya melepaskan jawatan agar dapat menjimatkan kos gaji.

“Muda memanggil untuk barisan Kabinet dikecilkan dengan memecat khususnya menteri-menteri yang tidak berfungsi dan menyerahkan tugas kepada penjawat awam untuk operasi pengurusan harian sepanjang tempoh darurat ini.

“Bermula dengan Adham Baba selaku Menteri Kesihatan serta dua timbalannya dengan menjimatkan kos gaji menteri serta timbalannya dan semua pegawai-pegawai lantikan politik, dan menyerahkan bidang kuasa tugas kepada Ketua Pengarah Kesihatan,” kata Parti Muda menerusi kenyataan hari ini.

Parti itu berkata demikian susulan perkembangan semasa kes Covid-19 mencapai angka 5, 725 semalam.

Parti itu turut menyifatkan negara tidak berjaya menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk melandaikan keluk penularan wabak berkenaan.

“Malaysia gagal mengekang penularan pandemik ini walaupun telah melaksanakan PKP melebihi dua minggu,” tambah parti itu.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bersunat dulu baru boleh berjemaah. Sunat pun belum, mulut celupar. Belajar hormat, belajar sistem pentadbiran dinegara kita. Apa kuasa DG dan apa kuasa menteri, jadi menteri dulupun belas Ikhsan Madey je… Kau pun gagal teruk selama 22 bulan

  2. Ini ke generasi muda yg kita nak harapkan. Senang2 cadang KP kesihatan ambil tugas Menteri Kesihatan. Kau ingat ada masa ke KP Kesihatan nak fikir pasal hal-hal kementerian. Banyak lagi kerja KP Kesihatan. Tak kan nak auruh KP kesihatan pergi mesyuarat kabinet pula. Nak suruh ke hulu ke hilir berlari kat Putrajaya tu. Nak uruskan bab2 kesihatan dengan kementerian2 lain. Pikir pakai otak sikit la. Kepakaran KP kesihatan bukan dalam bab politik. Lebih baik fokus dengan kerja2 di bahagian kesihatan cukup khusunya isu2 klinikal.

Comments are closed.