Antara yang dirampas ialah tiga set komputer, 236 telefon bimbit pelbagai jenama, modem dan mesin perakam waktu kehadiran kerja.

KUALA LUMPUR – Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pinjaman tanpa lesen dalam serbuan Ops Vulture di sekitar Gelang Patah dan Ulu Tiram semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersilnya, Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah, dalam serbuan itu dua wanita ditahan dan merampas peralatan yang digunakan bagi menawarkan pinjaman kepada mangsa.

Antara yang dirampas ialah tiga set komputer, 236 telefon bimbit pelbagai jenama, modem dan mesin perakam waktu kehadiran kerja.

“Dengan rampasan tersebut, polis percaya lokasi berkenaan dijadikan pusat panggilan atau call centre kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Salleh, siasatan masih lagi dijalankan bagi mengesan ahli-ahli sindiket lain yang terlibat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Wang 1951 dan jika sabit kesalahan boleh dokenakandenda tidal kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak kurang lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Justeru polis meminta kerjasama orang ramai sekiranya mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Risikan Operasi JSJ Komersil Johor, Asisten Supritendan Timmy Aheng di talian 019-777 3728.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast