Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan bagaimana syarikat yang terlibat dalam pembuatan tiang keluli untuk lampu jalan mendakwa mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan untuk mengedarkan vaksin Covid-19.

Presiden UMNO itu berkata, walaupun Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menyangkal dakwaan itu bersama timbalan menteri, tetapi bagaimana satu pihak pula mendakwa mendapat kebenaran itu.

Beliau menegaskan vaksin Covid-19 ini amat penting untuk rakyat Malaysia kerana membawa harapan baru bagi semua rakyat yang kini berhadapan dengan pandemik Covid-19.

”Dalam pemahaman saya, kerajaan sebelum ini sudahpun memberi keyakinan bahawa urusan pembelian vaksin Covid-19 hanya melibatkan antara kerajaan dengan kerajaan atau kerajaan bersama syarikat pengeluar.

”Semalam, tidak ada angin tidak ada ribut tiba-tiba tersebar pula dakwaan Mestron Holding Berhad kononnya mereka menerima surat kebenaran daripada KKM untuk memulakan rundingan dan kerjasama dengan mana-mana syarikat berhubung pengedaran vaksin Covid-19 di Malaysia.

”Saya tertanya-tanya, bagaimana syarikat bukan pengeluar vaksin boleh dakwa ada surat kebenaran edar vaksin?,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Semalam, Mestron Holdings Bhd mengulangi kenyataan telah menerima surat kebenaran daripada KKM untuk memulakan rundingan dan kerjasama dengan mana-mana syarikat dari China berhubung pengedaran vaksin Covid-19 di Malaysia.

Mestron menjelaskan surat bertarikh 8 Januari 2021 membolehkan pihaknya mengadakan perbincangan dan kerjasama mengenai pengimportan, pengedaran, penjualan, pemasaran dan penggunaan vaksin negara ini.

Mestron kini dalam proses rundingan dengan Zhongyu Yexing (Chengdu) Industrial Co., Ltd. mengenai perincian bagi potensi kerjasama.

Pada Jumaat lalu, Mestron telah menandatangani Perjanjian Dasar Induk dengan Zhongyu Yexing untuk memulakan perbincangan mengenai struktur dan terma-terma cadangan kerjasama yang berkaitan dengan pengedaran vaksin Covid-19 di Malaysia.

Kedua-dua pihak menjangka dapat memuktamadkan dan memeterai perjanjian definitif dalam tempoh 30 hari selepas perbincangan dan rundingan selesai. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Alasannya mudah saja. Kerajaan tak ada duit lah tu. Sebab itu dia suruh orang lain yang ada duit berunding. Kerajaan cuma bagi permit keuntongan syarikat punya lah

  2. Pas x bising pon….bnyk dpt habuan kot… Kalu x depa yg lantang bersuara.. Skrng bisu pekak

  3. Tak payah layan lah Datuk Que, Pembongkara pengkhianatan oleh Tommy Thomas menceritakan siapa sebenarnya pengkhianat.

  4. Tunjuk lah letter of award nya kalau betul sangat. Orang yg complain pulak sedang dibicarakan kes rasuah….sudah terbuka pekung didada oleh saksi2 pun pura2 macam malaikat. Tu sebab sokong Al juburi sebab sendiri tahu diri tu bersalah.

    Yg tuduh lagi najis dari yang dituduh. Satu jari tunjuk orang tapi empat jari kat diri sendiri

Comments are closed.