Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan Kaunter Duti Setem Cawangan Sibu akan ditutup sementara mulai hari ini sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Perkara ini dilakukan bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Sebagai alternatif, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian di www.hasil.gov.my atau kunjungi Kaunter Duti Setem LHDNM yang berhampiran Pusat Setem Sarikei dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) Mukah.

Sementara itu, bagi pembayar cukai yang hadir di premis LHDNM, sila pastikan semua Prosedur Operasi Standard (SPP) pencegahan penularan wabak Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia dipatuhi sepenuhnya. – MalaysiaGazette