Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi hairan apabila Datuk A. Kadir Jasin langsung tidak komen mengenai buku memoir Tan Sri Tommy Thomas.

Apatah lagi, memoir itu mendedahkan peguam negara dan hakim-hakim atasan semasa yang dilantik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad atas pengaruh politik.

Dakwa Mohd Puad, kalau lantikan politik maka sudah tentu tujuannya ialah “political persecution” (pendakwaan politik), sebab itu hakim perbicaraan boleh ditukar dan kes berkaitan UMNO dilonggok kepada seorang hakim sahaja.

Terdahulu, beliau mengulas kenyataan Kadir yang memuji tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Pengerusi MARA Inc dengan 20 pertuduhan rasuah berkaitan hartanah MARA di Australia.

Bekas Penasihat Media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) itu berharap rakyat melihat keadilan ditegakkan menjadi semakin cerah kerana Datuk Mohammad Lan Allani adalah seorang VVIP – sama seperti Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang dihukum bersalah.

Lantaran itu, Mohd Puad membidas Kadir yang didakwa  tidak terkejut beruk macam SPRM apabila Tommy menggugurkan kes rasuah terhadap Lim Guan Eng.

”Patut Kadir persoalkan kenapa SPRM tidak dakwa Mohd Allani masa PH memerintah? Jelas Tun M dan Tommy Thomas hanya berminat dengan “selective prosecution” iaitu tumpu kepada pemimpin utama UMNO sahaja.

”Kadir dakwa MARA adalah nadi orang Melayu. Tetapi kenapa senyap bila aset Tabung Haji dilelong masa PH. Kenapa tidak sokong RCI terhadap Tabung Haji,” katanya lagi.

Tambah Mohd Puad, Peguam Negara sekarang, Tan Sri Idrus Harun pun kecam Tommy sebagai dangkal.

Begitu juga bekas peguam negara, Tan Seri Apandi Ali dan bekas Peguam Cara III yang membuat laporan polis terhadap Tommy

”Tetapi Kadir Jasin tetap membisu. Sekurang-kurangnya Tun M marah dan menyesal lantik Tommy Thomas,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kadir Jasin Bekas Penasihat Media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) itu berharap rakyat melihat keadilan ditegakkan menjadi semakin cerah….MUNGKIN nk jadi Penasihat LIM kIT SIANG @ GUAN ENG sebab itu membisu ….bagi membela P unah H arapan

Comments are closed.