Pengunjung membeli barangan keperluan sebagai persiapan awal sempena Tahun Baru Cina 2021 di NSK Trade City Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Sehingga kini tidak ada aduan mengenai kenaikan mendadak harga cili merah yang diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Malah menurut menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, hasil pemantauan beliau baru-baru ini mendapati harga cili merah berada pada tahap yang berpatutan.

“Saya difahamkan tidak naik, ia ditahap berpatutan. Sebenarnya harga turun. Tiada aduan kenaikan cili merah,” katanya ketika melawat NSK Trade City Kuchai Lama, sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai dakwaan harga cili merah naik mendadak baru-baru ini sehingga mencecah RM29 sekilogram.

Dalam pada itu, Alexander turut mengesahkan harga bawang kini stabil dan bekalannya di pasaran juga cukup. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast