Kapal Diraja (KD) telah mengusir 7 bot nelayan Indonesia yang didapati mencerobohi perairan negara, semalam.

KUALA LUMPUR – TTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir tujuh bot nelayan warga Indonesia yang menceroboh pengairan negara dan terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan.

Menurut kenyataan TLDM, insiden itu belaku ketika Kapal Diraja (KD) Lekir milik TLDM terlibat dalam rondaan OP Benteng di perairan negara.

“Pada jam 9.32 pagi semalam, KD Lekir telah mengesan sebuah bot nelayan semasa rondaan OP Benteng dan OP Pejarak kira-kira 36 batu nautika barat daya Pulau Perak.

“Kami telah berjaya mengesan dan mengusir tujuh bot nelayan Indonesia yang menjalankan aktiviti menangkap ikan dalam perairan negara,” katanya.

KD Lekir telah berjaya mengesan sebuah bot nelayan semasa rondaan OP Benteng dan OP Pejarak kira-kira 36 batu nautika barat daya Pulau Perak, semalam.

Tambah TLDM, kesemua bot nelayan asing yang sedang menangkap ikan secara haram itu segera beredar dari perairan negara sejurus melihat kehadiran KD Lekir di sekitar kawasan tersebut.

“KD Lekir turut membayangi bot nelayan asing tersebut sehingga keluar dari sempadan perairan negara hingga jam 4.30 petang semalam.

“Seterusnya, KD Lekir meneruskan rondaan di Selat Melaka Utara bersama-sama KD Laksamana Hang Nadim dan KD Kinabalu dalam OP Benteng.

“TLDM dan pelbagai agensi maritim lain telah beroperasi 24/7 sehari di bawah National Task Force (NTF) bagi memperkukuhkan sempadan perairan negara daripada dicerobohi PATI serta mencegah penularan pandemik COVID-19.” ujarnya. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Indon tenggelamkan setiap bot penceroboh asing yang dirampas. TLDM sepatutnya rampas dan lelong setiap bot penceroboh asing kepada bakal nelayan tempatan yang memerlukan.

Comments are closed.