Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan (GPMSWP) menganjurkan program 1 Tablet 1 Keluarga membabitkan 10 pelajar B40 untuk mengikuti program PdPR dari sebuah sekolah menengah di setiap Parlimen WPKL di Bandar Baru Sentul.. Foto FIKRI YAZID 11 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Seramai 10 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul menerima sumbangan tablet daripada  Gabungan Pelajar Semenanjung Wilayah Persekutuan (GPMSWP) hari ini.

Sumbangan itu diberikan hasil program tabung ‘1 tablet 1 keluarga’ yang dilancarkan GPMSWP selepas mendapati banyak aduan pelajar di sekitar Wilayah Persekutuan yang sukar mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat tiada kemudahan komunikasi.

Pengerusinya, Khairul Rizam Abu Samah berkata, GPMWSP mensasarkan untuk membantu lebih ramai pelajar di Wilayah Persekutuan yang berhadapan dengan cabaran PdPR tanpa tablet.

Salah seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul menerima tablet yang telah diberikan oleh Pengerusi GPMWSP, Khairul Rizam Datuk Abu Samah, hari ini. Foto FIKRI YAZID 11 FEBRUARI 2021.”Seramai sepuluh pelajar telah dikenalpasti bagi sumbangan fasa pertama di Parlimen Batu ini dengan hasil kerjasama antara Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Perak Bandar Baru Sentul serta sekolah,” katanya ketika majlis pelancaran ‘1 tablet 1 keluarga’.

Selain tablet, pelajar-pelajar berkenaan turut diberikan kad sim secara percuma.

Majlis perasmian inisiatif ‘1 Tablet 1 Keluarga’ oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Batu, Tuan Haji Gulam Muszafar Gulam Mustakim Foto FIKRI YAZID 11 FEBRUARI 2021.Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Batu, Gulam Muszafar Gulam Mustakim.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Perak Bandar Baru Sentul, Faizul Iskandar Faizil De’Souza menzahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada GPMWSP dan pihak yang terlibat kerana telah membantu pelajar dari keluarga B40.

“Saya harap program ini akan diteruskan dan tidak berhenti setakat ini sahaja kerana ramai lagi pelajar yang harus kita bantu,” tegasnya. MalaysiaGazette