Pemuda Sosialis, Parti Sosialis Malaysia Arveent Kathirtchelvan (Picture for representational purposes only). The employees of J&T Express in a protest over pay disputes
Gambar tular pekerja J&T membaling bungkusan barangan pelanggan tular di laman sosial baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang menjalankan siasatan berhubung tindakan beberapa pekerja J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd yang membaling bungkusan barang pelanggan mendapati berlaku rasa tidak puas hati pekerja-pekerja terutama di bahagian penghantaran.

Mereka tidak puas hati dengan pemberian bonus berdasarkan prestasi dan perubahan struktur bayaran komisen secara unilateral yang akan menyebabkan pendapatan pekerja yang terlibat berkurangan.

KSM berkata, siasatan yang dilakukan membabitkan beberapa buah premis perniagaan syarikat yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.

Namun, katanya, pihak majikan memaklumkan isu berkenaan telah selesai dan ia berlaku disebabkan salah faham.

”J&T telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada para pelanggan serta menjelaskan tentang sistem pemberian bonus kepada kakitangan yang menjadi punca ketidakpuasan hati kakitangan J&T,” katanya dalam kenyataan di sini.

KSM berkata, pihak majikan digesa supaya sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak pekerja terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perubahan yang melibatkan kepentingan pekerja.

Ini bagi memastikan keharmonian perusahaan yang dinikmati pada hari ini serta kebajikan pekerja akan terus berkekalan dan terpelihara, ujar kementerian itu. – MalaysiaGazette