Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Selangor sekali lagi melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,214 kes hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 856 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia diikuti Johor sebanyak 742 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 374 kes, katanya.

“Sebanyak 37 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (15), Kluster Tembok Bendera (10), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5), Kluster Penjara Jalan Harapan (2), Kluster Penjara Seberang Perai (1), Kluster Tembok Mempaga (1), Tembok Bukit Besi (1), Kluster Tembok Taiping (1) dan Kluster DTI Sepang 2 (1),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes-kes kematian pula melibatkan enam kes di Selangor, masing-masing dua kes di Sabah, Kuala Lumpur dan Sarawak serta satu kes di Perak, Melaka, Kelantan, Pahang dan Johor.

Manakala, kes-kes kematian adalah melibatkan 16 warganegara dan satu bukan warganegara. – MalaysiaGazette