Lionel Messi

LONDON – Lionel Messi digesa menyertai Manchester City jika berhasrat meninggalkan Nou Camp pada musim ini.

Ini kerana kelab Liga Perdana Inggeris itu dilihat sebagai pasukan paling sesuai yang boleh menyediakan cabaran baharu seperti diharapkan pemain kebangsaan Argentina itu.

Bekas pemain City, Pablo Zabaleta berkata, Messi perlu menerima cabaran dan merasai persekitaran EPL.

Kontrak Messi bersama the Catalans pada Jun ini dan beliau dilihat cendering untuk menyertai City atau dan Paris Saint Germain.

“Agak sukar untuk Messi meninggalkan kelab yang disertai sejak berusia 13 tahun itu.

“Jika Messi membuat keputusan meninggalkan Nou Camp, sudah pasti dia mahu beraksi dalam liga dunia  dan EPL adalah platform paling sesuai untuk dia meneruskan kariernya.

“Walaupun PSG dan Juventus akan memujuk untuk mendapatkan Messi, tetapi pada pendapat saya City adalah destinasi sesuai selepas Barcelona.

“Hubungan akrab Messi dengan pengerusi City, Txiki Begiristain dan Ferran Soriano akan membantu dia menyesuaikan diri dengan persekitaran di Etihad,” katanya. – MalaysiaGazette