Logo Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

KUALA LUMPUR – Umat Islam khususnya di Selangor kini boleh membuat bayaran fidyah menerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Fidyah adalah bayaran denda dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasa ketika Ramadan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya dan hukum membuat bayaran itu adalah wajb.

Sektor Baitulmal MAIS memaklumkan wang bayaran akan disalurkan kepada dua agensi kerajaan negeri itu akan dimasukkan ke Akaun Amanah Harta Baitulmal sebelum diagih kepada fakir miskin.

“Kadar fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa dan jumlah bayaran bagi satu hari puasa ditinggalkan bersamaan RM1.80,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai boleh membuat bayaran secara dalam talian melalui http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php untuk MAIS manakala bagi LZS https://fpx.zakatselangor.com.my/v2/.- MalaysiaGazette