Rafael Nadal berjaya mara ke suku akhir Tenis Terbuka Australia kali ini

MELBOURNE – Bekas juara tenis Rafael Nadal berjaya melangkah ke suku akhir kejohanan Tenis Terbuka Australia hari ini.

Nadal menjulang gelaran ATP itu pada tahun 2009 menewaskan musuh tradisinya Roger Federer.

Pemain rangking nombor dua dunia itu dengan mudah menewaskan jaguh nombor 16 dunia dari Itali, Fabio Fognini 6-3 6-4 6-2 di Melbourne Park.

Nadal akan bertemu pemain nombor lima rangking dunia dari Greek, Stefanos Tsitsipas di aksi suku akhir Rabu ini.

Tsitsipas diberi kemenangan percuma selepas lawannya Matteo Berrettini menarik diri akibat kecederaan abdomen.

Kemenangan Nadal menyaksikan dia berjaya melangkah ke suku akhir untuk kali ke-43 dalam kariernya dalam merebut gelaran ke 20 kali ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast