Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, bercakap kepada media ketika Majlis Penyerahan Lesen Perniagaan KL Prihatin di Jalan Tengah, Kuala Lumpur. Foto SHAFIY ZUL, 08 FEBRUARI 2021
Tan Sri Annuar Musa. Foto SHAFIY ZUL, 08 FEBRUARI 2021

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini memberi keterangan kepada polis berikutan dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, beliau berasa lega dapat bercerita selama ham,pir dua jam apa yang berlaku di sebalik sekeping gambar yang tular di laman media sosialĀ  baru-baru ini

“Alhamdulillah, dari (jam) 12.30 tengahari hingga (jam) 2.30 ptg tadi saya berikan kenyataan dan kerjasama kpd PDRM yg menyiasat kononnya saya melanggar SOP,” katanya dalam akaun Twitter hari ini.

Baru-baru ini tular gambar Menteri Wilayah Persekutuan itu duduk bersama enam orang yang sedang menjamu selera.
Bagaimanapun, penganjur program pertanian, Kelab Takungan Banjir Sungai Midah, memohon maaf kepada Annuar Musa dan orang ramai sejurus selepas itu kerana gagal mematuhi SOP.

Menurut Annuar, beliau menyerahkan pihak berkuasa menjalankan tugas dalam isu tersebut.- MalaysiaGazette