MGNews : SOP Haji Dan Umrah Sudah Siap, Cuma Perlu Dikemaskini – Zulkifli

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu mengemaskini prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan syarat kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi memastikan jemaah haji Malaysia tidak terkandas dan dihalang mengerjakan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.