Syafiq Ahmad.

KUALA LUMPUR – Penyerang skuad kebangsaan, Syafiq Ahmad dilihat menjalani latihan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam sejak terlibat dengan kemalangan pada Disember tahun lalu.

Kelibat Syafiq kembali berlatih menarik tumpuan selepas dia ‘bercuti’ selepas terlibat dalam satu kemalangan yang mengorbankan anak, ibu mertua serta pembantu rumahnya.

Pemain berusia 26 tahun itu antara harapan pasukan kebangsaan bagi melayakkan diri ke pusingan ketiga peringkat kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 setelah menampilkan prestasi memberangsangkan pada perlawanan pusingan kedua sebelum ini.

Selain kelibat Syafiq, turut kelihatan dua pemain baharu pasukan iaitu Safiq Rahim dan Mohamadou Sumareh dalam sesi latihan itu.

Semelam, beberapa pasukan telah mendapat kelulusan untuk berlatih dan mula menjalani latihan pada semalam setelah berjaya melengkapkan proses yang diperlukan oleh Malaysian Football League (MFL).