Mangsa bertindak membawa balik bom tangan berkenaan sebelum dipercayai mengetuk bahan letupan tersebut sehingga meletup. gambar hiasan

KAMPALA- Empat orang kanak-kanak terbunuh manakala lima lagi cedera selepas satu bom tangan meletup di penempatan pelarian Maaji II di daerah Adjumani.

Kanak-kanak malang itu menemui bom tangan itu dari semak dan kemudian membawanya pulang bersama rakan-rakannya.

“Kanak-kanak itu cuba memotong bom tangan berkenaan dengan parang sebelum bahan letupan tersebut meletup.

“Tiga kanak-kanak telah terbunuh ditempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dikejarkan ke pusat kesihatan berhampiran.

“Manakala, enam yang lain dalam keadaan kritikal,” katanya.

Lima yang lain telah dipindahkan ke Hospital Adjumani untuk rawatan lanjut. -MalaysiaGazette