Ronald Kiandee

PUTRAJAYA – Malaysia tidak berdepan masalah dalam pengeluaran sektor produk agromakanan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua sejak bulan lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, ini kerana sehingga kini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat yang menyebut sektor itu mengalami masalah sepanang PKP dilaksanakan.

Malah jelas beliau, pengeluaran produk sektor agromakanan yang diimport juga tidak terganggu dengan PKP 2.0.

“Buat masa ini, kementerian tidak menerima makluman pengeluaran produk agro makanan telah terjejas atau mengalami kekurangan.

“Malah sektor itu sama ada tempatan atau import juga tidak terganggu sepanjang PKP ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan tiga produk inovasi baharu iaitu Pakej Teknologi Untuk Kawalan Penyakit Darah Pisang (ISR), TrichoSHIELD dan Buku Manual Teknologi Pengeluaran Cili Secara Organik di Wisma Tani di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas sama pengeluaran di sektor pertanian dan industri makanan terjejasa sepanjang PKP yang dilaksanakan sejak 13 Januari lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast