Seorang lelaki berjalan dalam keadaan salji tebal di BlackHawk , kejiranan di Pflugerville, Texas. foto Reuters

AUSTIN – Datuk Bandar Houston meminta Texas melunaskan lonjakan bil elektrik penduduk negeri ini akibat cuaca sejuk yang melampau minggu lalu.

“Bil sepatutnya ditanggung oleh negeri Texas,” kata Sylvester Turner kepada CBS News.

Sebilangan penduduk melaporkan bil elektrik mereka melebihi AS$ 16,000 untuk beberapa hari penggunaan.

Texas mengalami suhu melampau kepada -18C – terendah dalam tempoh 30 tahun minggu lalu.

Sebahagian besar Texas, yang biasanya menikmati cuaca musim sejuk yang sederhana telah diselimuti salji.

Cuaca luar biasa sejuk di beberapa negeri di selatan Amerika Syarikat (AS) telah meragut sekurang-kurangnya 70 nyawa.

Walaupun Texas sudah pulih daripada suhu beku, tetapi banyak penduduk masih perlu mendidihkan air kerana dikhuatiri akan berlaku pencemaran disebabkan oleh tekanan elektrik rendah.

Ketika cuaca sejuk beku, berjuta-juta penduduk Texas mengalami gangguan bekalan elektrik tetapi sudah berjaya dipulihkan.

Tetapi kurang daripada 30,000 pelanggan masih tidak mempunyai bekalan elektrik setakat petang Ahad, menurut Poweroutage.us.

Majlis Kebolehpercayaan Elektrik Texas, yang mengawasi sistem kuasa untuk sebahagian besar negeri dituduh tidak bersedia menghadapi kekurangan.

Turner berkata, semasa beliau berada dalam badan perundangan negara, dia telah mencadangkan satu rang undang-undang untuk memastikan ada “cadangan yang cukup” untuk mencegah gangguan bekelan elektrik tetapi tidak dipertimbangkan oleh para pemimpin negara.

Katanya, sistem sedia ada ini tidak sesuai untuk berdepan dengan cabaran ribut yang disebabkan oleh perubahan iklim.

“Semua ini dapat diramalkan. Saya menulis mengenainya pada tahun 2011. Oleh itu, untuk kos yang terlalu tinggi ini, bukan pengguna yang harus menanggungnya.

“Mereka tidak bersalah atas apa yang terjadi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. The U.S. air war in Afghanistan ramped up in 2018, when American planes launched 7,362 weapons from the air, more than the previous three years combined, according to Air Force summaries. The next year, the total number of U.S. munitions dropped on Afghanistan inched higher, to 7,423.

    Teringat kisah2 kempen pengeboman besar2an Amerika keatas negara Afghanistan!

    Salam simpati!

Comments are closed.