Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah South African B.1.351 Covid-19 variant
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,468 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah 288,229 kes.

Manakala kes sembuh pada hari ini sekali lagi mengatasi jumlah kes baharu harian secara konsisten iaitu 4,055 kes dengan jumlah kes kumulatif adalah sebanyak 256,678 kes atau 89.1 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian baharu, sebanyak empat kes adalah import iaitu masing-masing dua kes warga tempatan dan warga asing.

Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 932 kes (37.8 peratus) berbanding negeri lain dan daripada jumlah ini sebanyak 579 kes (62.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ia diikuti oleh Johor sebanyak 428 kes (17.3 peratus) dan Perak sebanyak 308 kes (12.5 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang masing masing merekodkan 155 kes dan Sarawak 133 kes serta Negeri Sembilan 100 kes, kata Nor Hisham dalam kenyataannya hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 175 kes (7.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen.

Menurutnya, kluster-kluster penjra dan depot Imigresen yang dimaksudkan adalah yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (107 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (36 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (19 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

“Jumlah kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi adalah sebanyak 196 kes manakala jumlah kes yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 92 kes,’ ujarnya.-MalaysiaGazette