TIDAK semua pejuang Melayu berhaluan kiri dan radikal itu komunis. Aisyah Ghani asalnya pejuang wanita dalam Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berhaluan kiri, kemudian beliau menyertai UMNO yang berhaluan kanan. https://bit.ly/3kqqGsr
Dr Burhannudin Al Helmy asalnya pejuang berhaluan kiri dalam PKMM sebagai Naib Yang Dipertua, kemudian beliau menjadi pemimpin parti Islam Pas antara tahun 1956-1969. https://bit.ly/3pQowna
Kalau kita percaya dakyah sesetengah pihak bahawa pejuang Melayu radikal berhaluan kiri semuanya adalah komunis, bolehkah kita juga menerima sejarah bahawa Yang Dipertua Pas (Dr Burhanudin Helmi) seorang komunis? Tentulah tidak. Sebab itu pejuang Melayu berhaluan kiri bukan semuanya komunis. Kita kena jujur pada sejarah perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan.
Ibrahim Yaakub juga pemimpin KMM Melayu berhaluan kiri tetapi tidak menyokong ideologi komunisme. Pak Sako dan Ahmad Boestaman juga tidak bersetuju dengan ideologi komunisme.
Sebagai membuktikan sanjungan masyarakat pada pejuang kiri ini, di UKM dua buah kolej dinamakan dengan nama Kolej Ibrahim Yaakub dan Kolej Burhanudin Helmi. Ada sekolah Ibrahim Yaacob di Jalan Ipoh KL. Ada sekolah Doktor Burhanudin di Taiping. Ada juga sekolah bernama SMK Ahmad Boestaman di Sitiawan Perak. Mereka ini semuanya pejuang kemerdekaan berhaluan kiri. Mereka bukan komunis. Malah mereka juga anti-komunis.
Tanpa nafikan memang ada segelintir orang Melayu berhaluan kiri yang lebih radikal (far-left) telah menyertai ideologi komunis seperti Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Muda Ahmad dan Rashid Maidin.
Kalau baca sejarah penubuhan Parti Kesatuan Melayu Malaya (PKMM) pada 1945, kita akan faham wujudnya pertentangan idea antara kumpulan beridelogi komunis dan berfahaman kebangsaan dalam PKMM. PKMM adalah satu pakatan politik perjuangan golongan berhaluan kiri dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Kalau kita boleh faham sejarah golongan haluan kiri dan haluan kanan, barulah kita dapat memahami polemik buku teks Sejarah Tingkatan Empat ini secara lebih objektif.
Pada yang berminat boleh semak isi kandungan buku teks tersebut di link bawah. Cuba cari di mana bahagian kandungan buku teks ini yang mendakwa buku sejarah ini sokong komunisme? http://online.anyflip.com/orcm/yqbw/mobile/index.html
Malah tajuk bab 6 ditulis “Ancaman Komunis..” maknanya kita didik anak-anak kita bencikan komunis. Kita asuh anak-anak kita komunis adalah musuh kita. Dari keseluruhan 270 muka surat buku teks sejarah tersebut, hanya empat muka surat sahaja membicarakan perjuangan Melayu berhaluan kiri menentang penjajah Inggeris. Bakinya 266 muka surat mengisahkan usaha pejuang Melayu berhaluan kanan.
Kena faham istilah haluan kanan atau kiri bukan maksudnya satu baik dan satu lagi jahat. Bukan. Sejarahnya, konsep politik haluan kanan dan haluan kiri mula digunakan pada abad ke 18 di Perancis. Ini satu konsep ‘common denaminator’ yang digunakan untuk membezakan kumpulan yang menyokong regim lama dengan satu kumpulan yang menyokong regim baru.
Di Tanah Melayu, kumpulan yang boleh bekerjasama dan berunding dengan penjajah British akan dikenal sebagai berhaluan kanan. Yang tidak bersetuju pula dengan kumpulan berhaluan kanan akan dikenal sebagai berhaluan kiri. Itu sahaja. Bukan bermaksud yang berhaluan kanan baik dan kiri jahat. Yang jahat adalah pengganas komunis dan sesiapa yang menyokong gerakan komunis. Tak kiralah dari kumpulan berhaluan kanan atau kiri.
Polemik buku teks ini menarik untuk kita melihat bagaimana wujudnya politik berhaluan kanan dan kiri dalam penulisan sejarah rasmi negara ini. Dan bagaimana berjayanya golongan berhaluan kanan ‘membelasah’ golongan berhaluan kiri dalam penulisan sejarah rasmi kebangsaan (official history).
Kah kah ni sorang lagi self claimed ‘pakar sejarah’ nak perhatian public..dulu ko tak nak belajar sejarah..skrg ko sibuk nak bincang isu sejarah..kat UKM dah tak de ahli sejarah kah?
Pengtaksub umno tak nampak kebaikan orang lain. Hanya umno saja pejuang kemerdekaan. Orang lain komunis belaka.