TELANGANA – Seekor ayam jantan yang dipasangkan pisau ketika terlibat dalam pertandingan laga ayam telah membunuh pemiliknya.
Pemiliknya telah tertusuk pisau di pangkal peha ketika ayam itu cuba melepaskan diri.
Lelaki itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital setelah mengalami kehilangan darah.
Polis kini sedang memburu 15 orang yang dipercayai terlibat dalam acara yang berlangsung di kampung Lothunur dekat Telangana awal minggu ini.
Ayam itu juga telah ditahan di balai polis sebelum dipindahkan ke ladang.
Haiwan tersebut akan dibawa bukti ke mahkamah nanti.
Polis berkata, kejadian itu berlaku apabila ayam yang sudah disiapkan untuk mengambil bahagian, bergelut untuk melepaskan diri.
Pemiliknya berusaha menangkapnya tetapi terkena pisau sepanjang 7 sentimeter yang diikat pada kaki ayam. – MalaysiaGazette