Amerul bersama ADUN Endau, Alawiyah Talib

MERSING – “Tolong jangan kaitkan saya dengan jawatan saya di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau hanya kerana dipilih untuk suntikan vaksin.

“Saya ikut prosedur yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mendaftar diri untuk suntikan vaksin dan tidak ada asas untuk menuduh saya potong giliran barisan hadapan (frontliner).”

Itu penjelasan Pegawai Khas Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Mohamad Amerul Mohamad setelah namanya tular kononnya mendahului petugas barisan hadapan (frontliners) untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurutnya, dia mendaftar pada hari sama pengumuman dibuat pada 26 Februari 2021 melalui aplikasi MySejahtera untuk suntikan vaksin dan dua hari kemudian namanya diluluskan.

Tidak ada kaitan dengan pejabat ADUN malah namanya juga tidak tersenarai sebagai penerima vaksin pada hari pertama yang dikhususkan untuk petugas barisan hadapan.

“Saya mohon di sini agar perkara ini tidak dijadikan isu selepas ini kerana apa yang tertular semuanya fitnah belaka.

“Kalau ada yang tak puas hati juga, itu bukan masalah saya sebab apa yang pasti, saya telah mengikut prosidur sebagaimana yang dibuat oleh orang lain.

“Tidak ada istilah saya diutamakan kerana orang ADUN. Merepeklah semua tu sebab lambat atau cepat terima suntikan bukan masalah besar bagi saya.

“Cuma mungkin kebetulan saya antara orang yang terawal mendaftar diri dengan MySejahtera menyebabkan nama saya naik dulu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia sedia memberi laluan kepada sesiapa yang hendak disuntik awal daripada terus menjadi bualan orang ramai.

“Sedikit pun tidak menjadi masalah bagi saya kalau perkara itu boleh menyenangkan hati semua pihak” katanya mengakhiri perbualan. – Malaysiagazette

1 Komen

  1. Bullshit! Saya juga org terawal mendaftar tapi tak dapat pun?? Lagi pun awk tu bukan frontliners, bukan warga emas, bukan atlet..apa kejadahnya ko dapat awal plak? musibat ko

Comments are closed.