Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Polis menahan pemandu lori treler yang melanggar struktur binaan lebuh raya dalam pembinaan mengakibatkan tiga orang cedera dan dua mangsa meninggal dunia bagi membantu siasatan.

Kemalangan berlaku di Lebuhraya MRR2 berhampiran Bandar Tasik Selatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada pemandu lori treler terbabit di Balai Polis Sungai Besi sejurus selepas kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas treler terbabit melanggar struktur jejambat mengakibatkan berlaku runtuhan dan menghempap van dinaiki mangsa di arah bersebelahan.

“Ia menyebabkan lima pekerja kilang termasuk seorang pemandu kesemuanywa warga tempatan parahd an juga dua daripadanya meninggal dunia.

“Pemandu itu telah ditahan untuk direkod keterangan selain lakukan ujian saringan air kencing,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam tadi.

Lori trailer tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan lebuh raya Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Malaysiagazette