Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Pas membuat ketetapan untuk menangguhkan pemilihan parti itu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jelas Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, keputusan itu dibuat bagi memberikan tumpuan kepada soal pilihan raya.

“Pas memutuskan muktamar akan diadakan selepas PRU-15, tak kiralah bila. Setakat ini, keputusan kita pun tak tahu bila PRU.

“Jangkaan PRU apabila darurat ditamatkan, mengambil kira jangkaan muktamar selepas PRU-15,” katanya dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, kali terakhir Pas mengadakan pemilihan adalah pada Jun 2019 ketika Muktamar Tahunan PasKe-65 yang berlangsung di Kuantan, Pahang.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berjaya mengekalkan jawatan masing-masing tanpa bertanding.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast