Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Depot LRT Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 09 MAC 2021.

KUALA  LUMPUR – Tidak adil untuk mengetepikan’ pemimpin UMNO yang mempunyai kes pendakwaan di mahkamah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, sehingga dibuktikan oleh mahkamah bersalah atau tidak, mana-mana pemimpin yang berhadapan dengan tuduhan dan pendakwaan mempunyai hak berada dalam parti dan mempertahankan diri.

Justeru beliau menganggap saranan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam baru-baru ini sebagai pandangan peribadinya sahaja.

“Ini pandangan beliau tetapi kita juga kena berlaku adil sebab seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah (oleh mahkamah).

“Mereka yang belum dibuktikan bersalah secara sahnya masih belum didapati bersalah ada hak. Cuma pandangan masyarakat, pandangan pengundi. Kita telah menghukum lebih awal mereka-mereka ini,” katanya ketika dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Depot LRT Ampang, hari ini.

Kelmarin Musa dilaporkan berkata, UMNO perlu berani mengambil pendirian untuk mengenepikan mana-mana pemimpin yang ada hubung kait dengan pendakwaan di mahkamah.

Katanya tindakan itu perlu diambil untuk menyelamatkan UMNO.

Menurutnya, semua pemimpin yang sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah harus diketepikan sehinggalah membuktikan mereka tidak bersalah.

Meskipun faham apa yang cuba disampaikan oleh bekas Timbalan Presiden UMNO itu, namun Tajuddin berkata, setiap pemimpin yang terlibat dengan kes mahkamah mempunyai hak untuk menegakkan hak masing-masing.

Untuk rekod, antara pemimpin UMNO yang sedang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah adalah Datuk Seri Najib Razak dan Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Tapi… ada juga yang telah dibuktikan bersalah di mahkamah & dah dijatuhkan hukuman juga kan…

  2. Pemimpin jenis ni yg buatkan umno makin bercelaru.. Umno dibawah kepimpinan najib sendiri pernah buat peraturan, mana² pemimpin yg didakwa dimahkamah mesti letak segala jawatan dlm parti. Jika mereka didapati tdak bersalah oleh mahkamah, baru boleh bertanding balik jawatan dlm umno. Peraturan tu hgpa lempaq kemana habis dah.. Bila kena kt puak hgpa undang² yg hgpa sendiri buat dah tk terpakai.

  3. Nak gugurkan kes mahkamah mudah jer cuma lantik dia jadi menteri maka nanti gugurlah kes mahkamahnya seperti gugurnya kes mahkamah LGE yang sebelum ini dilantik jadi menteri wang.

Comments are closed.