Penyertaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) ke dalam Perikatan Nasional diyakini mampu memperkukuhkan parti pemerintah itu sesuai dengan komposisi masyarakat majmuk di negara ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemasukan parti bukan etnik itu disifatkan tepat pada masanya ketika PN bergelut memerangi pandemik Covid-19.