Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak

KUALA LUMPUR – Kenyataan beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa mereka yang keluar dari PKR kerana berasa kecewa amat menggelikan hati rakyat Malaysia.

Demikian kata Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kenyataan sepuluh Ahli Parlimen yang menyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Mereka adalah Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Datuk Kamarudin Jaffar, Datuk Dr. Mansor Othman, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar, Datuk Ali Biju, Datuk Willie Mongin dan Jonathan Yasin.

Kata Farhash, langkah itu cuma untuk memperbodohkan rakyat dan gila kuasa.

“Rakyat sedar kerajaan PN tidak memiliki keabsahan dengan melihat perkembangan pembukaan beberapa sektor ekonomi tetapi tidak pula bagi Dewan Rakyat yang telah menjadikan demokrasi di Malaysia sebagai bahan gurauan oleh masyarakat luar.

“Tidak wujud persoalan kesetiaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mereka yang masih bersama akan terus menjulang agenda reformasi untuk negara. Rakyat akan menilai dan menghukum pengkhianat mandat ketika Pilihanraya Umum 15 kelak,” katanya.

Semalam, 10 Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan mereka meninggalkan parti itu kerana didorong oleh rasa kecewa mendalam terhadap kepimpinan Anwar selaku Presiden PKR.

Anwar didakwa membawa amalan politik pecah-belah, nepotisme dan kronisme hingga menjerumuskan parti itu ke jurang kehancuran.

Lebih mengejutkan apabila Naib Presiden PKR, Datuk Xavier Jayakumar turut mengumumkan keluar daripada partipada Sabtu lalu dan menyokong kerajaan PN.

Bekas menteri Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tindakan keluar PKR diambil kerana kekecewaan beliau terhadap situasi politik yang berlaku dalam negara ketika ini.

Pengumuman Xavier itu dibuat 14 hari selepas dua wakil rakyat PKR iaitu Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon mengumumkan keluar parti dan menyokong PN dan Muhyiddin, pada 28 Februari lalu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ketika PH jd kerajaan, berbondong bondong MP lain menyertai PH dan pemimpin PH kata mereka sebagai berhijrah dan tindakan demokratik.
    Tetapi apabila wakil rakyat PH menyatakan sokongan kepada PN mereka mula berkokok bising.

  2. Nampaknya hasrat untuk menaiki jet Perdana Menteri sekeluarga bersama anak2 sambil bergambar mesra menjadi semakin KABUR dan KELAM?

    Salam simpati!

Comments are closed.