Syabu bernilai RM5.2 juta dirampas polis di sebuah rumah teres di Teluk Bahang di sini.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang sekali lagi mencatatkan kejayaan menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas syabu bernilai lebih RM5 juta.

Serbuan selama dua hari bermula Jumaat lalu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang.

Pihak forensik menjalankan siasatan di lokasi penemuan dadah di Batu Ferringhi pada Jumaat lalu.

MalaysiaGazette difahamkan, dua lelaki termasuk seorang warga asing ditahan dalam dua serbuan berasingan di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang.

Difahamkan lebih 100 kilogram syabu bernilai kira-kira RM5 juta dirampas dalam serbuan tersebut.

Dua lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bantu siasatan penemuan syabu di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang.

Satu sidang akhbar berhubung kejayaan itu akan diadakan jam 11 pagi ini oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.